Aku anak penzina
Aku dilahirkan penuh seksa
Aku dilahirkan penuh benci tanpa rela
Aku dilahirkan kerana nafsu dan dosa
Aku dilahirkan penuh rasa jijik dan noda
Aku dilahirkan kerana ibu bapaku berzina!
Aku anak penzina
Aku dikeji dan dihina
Aku merana hidup di dunia
Aku tersiksa dicemuh manusia
Aku menangis hidup dipersenda
Aku dibiar hidup sengsara
Kerana aku anak penzina
Kerana ibu bapaku berzina!
Aku anak penzina
Hinakah diriku kerana dilahirkan?
Kejikah diriku kerana dilahirkan?
Aku tidak pernah meminta untuk lahir seperti itu
Aku juga ingin seperti kalian
Gembira bersama ayah dan bonda
Riang meniti hidup bersama keluarga
Tapi apa dayaku?
Sudah suratan nasibku begini
Aku lahir lantas dibuang
Aku lahir lantas dicampak ke semak
Aku lahir lantas disumbat ke longkang
Aku anak penzina
Ibu bapaku penzina
Adakah aku juga akan mewarisi mereka?
Adakah aku juga akan berzina seperti mereka
Adakah aku juga hanya hidup untuk keseronokan semata?
Adakah aku juga akan membuang anakku seperti mereka?!
Ibu..
Ayah..
Mengapa kau tegar menyiksa anakmu ini?
Tidakkah aku berhak untuk hidup bahagia?
Mengapa kalian melakukan dosa itu?
Mengapakah kalian tidak mengawal nafsu?
Mengapakah kalian mendengar kata iblis itu?
Lantas membenihkan aku dalam rahimmu
Wahai anak penzina yang tidak berdosa
Hapuslah air mata di pipimu
Hapuslah rasa duka dihatimu
Sesungguhnya kau anak yang suci
Dilahirkan tanpa dosa dan noda
Kau berhak menikmati keindahan hidup ini
Kerana kau juga adalah manusia seperti kami semua
Janganlah kau menyalahkan takdir ALLAH
Sesungguhnya DIA memilihmu untuk menghadapi dugaan ini
Kerana DIA tahu kau mampu mengharunginya
Wahai anak penzina yang tidak berdosa
Janganlah kau merasa jijik dengan dirimu
Janganlah kau merasa malu dengan dirimu
Kau berhak untuk menjadi insan berilmu
Kau berhak untuk menjadi insan penuh maju
Bangkitlah dan buktikan!
Bahawa anak terbuang sepertimu juga boleh berjaya
Janganlah kau mengikut jejak langkah ibu bapamu
Ubahlah dunia!
Terokalah semesta!
Wahai anak yang suci..
Kuatkanlah jati dirimu
Teguhkanlah iman di dadamu
Pasakkanlah taqwa di jiwamu
Langkahkan kakimu penuh maju
Sebagai hamba ALLAH Yang Satu
3 comments:
stail.. syahdu jiwa..
mintak nak copy paste tapi kredit blog awak
wow...sungguh syahdu,,.tahniah kerana telah melahirkan kesedaran ke dalam hati banyak orang termasuk saya sendiri.
Post a Comment