sambungan daripada post bertajuk 'Impian Kasih'
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
And theres a couple word I want to say
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
I know that deep in my heart..
********************
Debaran di dada terasa menyesakkan. Keringat mula membasahi wajahnya walhal masjid itu dilengkapi dengan penghawa dingin dan masih berfungsi. Namun, Saifullah merasa seakan-akan sedang dibakar di dalam ketuhar. Mujahid tertawa kecil melihat sahabatnya itu yang resah dan gelisah sejak tadi. Hari ini, Saifullah akan menikah. Mereka sedang menanti kedatangan tok kadi untuk menyempurnakan upacara akad nikah. Selepas itu, barulah mereka akan bertolak ke rumah pengantin perempuan.
" Ya akhi, tenanglah. Sekejap lagi sampailah tok kadi tu. Bawak bersabar"
" Ana bukannya tak boleh bersabar tapi ana berdebar. Huh..tak pernah rasanya berdebar sehebat ini"
Saifullah mengesat peluh di dahi.
" Siapa bakal isterimu sahabatku?"
" Hihi..aku sendiri tak tahu siapa bakal isteriku. Dia pilihan kedua orang tuaku dan insyaALLAH solehah. Itu yang paling penting"
Mujahid terkejut mendengar kata-kata Saifullah. Dia tidak menyangka sahabatnya itu tidak mengetahui dengan siapa dia bakal menikah.
" Assalamua'laikum"
Serentak orang-orang yang berada di dalam masjid itu menjawab salam yang dihulurkan.
" Saiful, tu tok kadi dah sampai dengan bapa pengantin perempuan"
Saifullah mengemaskan duduknya. Dia langsung tidak memandang wajah tok kadi dan bakal bapa mertuanya itu. Dia sangat gemuruh. Tangannya menggigil.
' ALLAH~permudahkan urusanku....'
********************
" Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Jadi, sekejap lagi kita akan berangkat ke rumah pengantin perempuan"
Saifullah kaget. Suara yang sedang berbicara sebentar tadi itu terasa sangat mesra di telinganya. Dia tahu itu bapa mertuanya tetapi suara itu seolah-olah sudah biasa di pendengarannya. Sejak dari tadi wajahnya ditundukkan. Bahkan semasa upacara akad nikah juga, dia masih tidak berani mengangkat wajahnya.
Saifullah memberanikan diri memandang ke hadapan. Diangkat sedikit wajahnya. Gemuruhnya hilang sebaik sahaja tangan tok kadi bersalaman dengannya tadi. Orang tersebut sedang membelakanginya.
" Nak, marilah. Kamu naik kereta ayah"
Saifullah terduduk serentak apabila bapa mertuanya itu berpaling dan berbicara dengannya. Dia terkejut. Mulutnya segera beristighfar.
" Hei, kenapa dengan enta ni? Dah habis akad nikah pun gemuruh lagi ke?"
Mujahid memegang bahu Saifullah yang sudah terduduk lesu. Dia memapahnya bangun. Saifullah memandang wajah ceria sahabatnya.
' Sahabatku, wajah ceriamu akan bertukar mendung sebaik sahaja kau mengetahui siapa yang kini telah sah menjadi isteriku. Maafkanku Mujahid. Aku benar-benar tidak tahu'
" Eh, jomlah. Tu bapa mertua enta sedang menunggu di dalam keretanya"
Saifullah bangun. Langkahnya lemah.
********************
Asiah sedang berdebar menanti kedatangan suaminya. Tadi, bapanya menelefonnya dan memberitahu bahawa upacara akad nikah sudah selesai. Ini bererti dirinya kini berstatus seorang isteri. Dan dia berazam untuk menjadi isteri yang solehah untuk suaminya itu meskipun dia tidak tahu siapakah suaminya. Tetapi, dia yakin suaminya seorang yang baik dan soleh berdasarkan apa yang disampaikan oleh ibunya.
Bunyi deruman kereta mengejutkan Asiah dan Mardiyah. Mardiyah segera bangkit dan menjenguk ke luar tingkap.
' Mujahid?'
" Asiah, enti jemput Mujahid ke mari?"
" Mujahid? Taklah, dia tidak tahu ana akan menikah hari ini. Dan kalau pun dia tahu ana akak menikah hari ini, tidak ungkin dia tahu di mana. Ini kan kampung orang tua ana"
" Tapi, ana yakin yang berada di bawah itu adalah Mujahid. Dia menaiki kereta bersama bapamu"
' Tak mungkin..'
Di laman rumah pula, Mujahid sedang memujuk Saifullah agar segera keluar daripada perut kereta tetapi Saifullah enggan. Dia hanya diam.
" Ya akhi, kenapa dengan enta ni? Kita dah sampai ke rumah isterimu. Takkan enta tak nak tengok wajah isteri sendiri kot? Enta malu? Jangan risau..ana akan menemanimu. Ana yakin isterimu pasti seorang gadis yang cantik dan solehah"
' Ya Mujahid. Isteriku itu memang seorang gadis yang sangat cantik dan solehah. Tapi, gadis itu jugalah yang kau impikan untuk menjadi isterimu'
" Jomlah.."
Akhirnya Saifullah bangun. Dia akur. Dia tahu, walau dia mengelak dengan pelbagai cara sekalipun, perkara itu sudah terjadi. Asiah telah sah menjadi isterinya dan Mujahid harus menerima hakikat tersebut.
Rombongan itu bersama-sama naik ke atas rumah sambil berselawat. Mujahidlah yang paling bersemangat.
Sementara Asiah pula sedang duduk bersimpuh dikelilingi ahli keluarganya. Mardiyah mengenggam tangannya cuba memberi kekuatan. Wajahnya tunduk.
" YA ALLAH..Asiah, suamimu..dia.."
Asiah memberanikan diri memandang suaminya yang sedang berdiri di hadapannya.
" Ss..ss..sai..saifullah?"
Saifullah tegak berdiri di hadapan Asiah. Di belakangnya, Mujahid, juga sedang berdiri. Dan dia tahu, Mujahid sudah pun melihat Asiah.
Dadanya terasa sebu. Hatinya tersayat. Jiwanya pedih. Mujahid memalingkan wajahnya daripada menatap Asiah. Sungguh dia sangat terkejut apabila melihat gadis manis berpakaian pengantin itu adalah Asiah. Ternyata, sahabatnya sendiri yang menikah dengan gadis yang didambakannya. Dia kecewa. Namun, dia cuba menenangkan hatinya. Dia tahu, Saifullah tidak berslah. Asiah juga. Dia akan cuba untuk menerima hakikat tersebut.
" Nak Saifullah, duduklah. Kita akan adakan upacara membatalkan air sembahyang"
Kata-kata daripada bapa mertuanya itu tidak didengari. Saifullah benar-benar diselubungi rasa bersalah. Kakinya menggigil.Tiba-tiba, dia berlari keluar rumah dan Mujahid mengejarnya.
" Saifullah!!!"
bersambung..
Saturday, August 14, 2010
Untuk Sepanjang Hidupku
Labels:
Karya Cinta-Cerpen,
Muhasabah Diri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment