Friday, August 13, 2010

Gejala Sosial dan Pembuangan bayi


Hari Jumaat yang lepas saya berkesempatan menghadirkan diri di sebuah majlis ilmu yang dinamakan 'Bicara Wanita' dengan tajuk perbincangannya 'Pembuangan Bayi'. Isu ini sudah terlalu lama dan kini semakin dipandang serius. Pelbagai pihak sudah berdebat dan berbahas untuk mencari jalan penyelesaian. Namun, semakin lama penyakit ini semakin parah. Mungkin sahaja sudah tidak mampu diubati lagi. Kerana itu timbullah kata pepatah:

'Mencegah lebih baik daripada mengubati'

Jika difikirkan, ada benarnya kata pepatah tersebut. Apa gunanya mengubati jika penyakit sudah semakin parah? Mengapa tidak mencegah ketika penyakit masih di peringkat awal. Semasa isu ini belum serius, masyarakat hanya memandang sebelah mata. Tetapi, apabila isu ini sudah menjadi darah daging bahkan boleh dikatakan perkara biasa, barulah semua pihak sibuk ke sana ke mari mencari jalan keluar.



Apakah sebenarnya punca berlakunya kes pembuangan bayi ini? Tidakkah setiap manusia itu dikurniakan dengan akal dan fikiran serta rasa perikemanusiaan?? Jadi, mengapakah masih ada lagi insan yang sanggup membuang bayi kecil yang sama sekali tidak tahu apa-apa itu?? Mengapakah ada ibu yng tergamak melemaskan anaknya sendiri di dalam mangkuk tandas?? Tidakkah sepatutnya seorang ibu itu dikurniakan dengan sifat penyayang?? Mengapa masih ada insan yang bergelar ayah yang sanggup membiarkan anak kecilnya digonggong anjing seolah-olah anaknya itu adalah bangkai yang busuk??

Astaghfirullahhal'azim..inilah akibatnya apabila hidup hanya berlandaskan hawa nafsu semata-mata. Hanya sibuk memikirkan keseronokan dunia tanpa memikirkan akibat yang akan diterima di akhirat kelak.

" Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahannam, kekal dia di dalamnya dan ALLAH murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar" surah an-nisa':ayat 93

Statistik terbaru mengatakan di Malaysia, seorang bayi akan dibuang setiap 10 hari!

Dalam hal ini, siapa yang harus dipersalahkan?? Apa jalan penyelesaian yang terbaik?? Siapakah yang berperanan dalam menyelesaikan masalah ini??

Terlalu banyak punca kepada permasalahan ini sebenarnya. Namun, saya hanya ingin membicarakan satu punca sahaja yang saya rasakan ianya merupakan punca utama kepada permasalahan ini. Punca ini mungkin perkara biasa bagi orang lain, namun ianya adalah penyumbang utama kepada pembuangan bayi.

Anda sedang bercinta?
Anda sedang ber'couple?
Hati-hati..mungkin anda adalah penyumbang kepada statistik terbaru pembuangan bayi selepas ini.

" Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk "
surah al-isra': ayat 32

" Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kehormatan mereka kerana yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnua ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan"
surah an-nur: ayat 30

" Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahirnya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka..."
surah an-nur: ayat 31



Ketiga-tiga ayat di atas dengan jelas dan terang melarang kita daripada menghampiri zina dan menyuruh kita supaya memelihara diri dan kehormatan. Namun, gambar di atas pula sama sekali tidak menunjukkan kita mempraktikkan segala larangan dan perintah ALLAH.

Di mana silapnya???

Sebelum ini, kita digegarkan dengan isu gejala sosial. Dan isu itu kini semakin dilupakan lantaran isu pembuangan bayi ini. Namun, sedarkah kita kedua-dua isu tersebut berkaitan di antara satu sama lain? Sedarkah kita bahawa isu gejala sosial itulah yang menjadi punca dan penyumbang kepada pembuangan bayi?? Dan sedarkah kita bahawa selagi mana isu gejala sosial tidak diselesaikan maka isu pembuangan bayi juga tidak akan selesai??!

Mereka inilah yang dikatakan masyarakat jahiliah moden. Namun, wajarkah kita hanya menyalahkan mereka 100%??

Di sinilah kita harus mempraktikkan apa yang dipanggil sebagai langkah pencegahan.Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam hal ini kerana kebanyakan mereka yang bermasalah adalah golongan remaja. Dan ibu bapalah yang paling layak memulihkan dan menguatkan spritual anak-anak mereka yang menginjak usia remaja dengan nilai-nilai Islam yang sebenar. Jika pendekatan ini dilakukan, insyaALLAH permasalahan ini pasti akan dapat diselesaikan.

Islam telah menggariskan panduan yang cukup lengkap kepada kita dalam mendidik anak-anak sejak dalam kandungan lagi sehinggalah dewasa. Panduan ini akan melahirkan generasi yang menjadikan Islam itu sebagai tunjang hidup mereka bahkan memakmurkan negara serta masyarakat.

Bagaimana cara mendidik anak-anak menurut Islam? Langkah pencegahan terbaik..

Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani serta jasmani mereka dengan berteraskan nilai-nilai yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis serta pendapat dan pengalaman para ulama'. Ia bertujuan untuk melahirkan 'INSAN RABBANI' yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.

Dalam sebuah riwayat, Rasulullah pernah bersabda:


"Sesungguhnya setiap anak yang dilahirkan ke dunia ini adalah suci. Dan kerana kedua orang tuanyalah, sama ada anak itu akan menjadi seorang yang beragama Yahudi, Nasrani dan Majusi"

Kanak-kanak memerlukan kasih sayang.

Kanak-kanak memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa sepertimana ia berhajat kepada makanan dan minuman.Kasih sayang kepada anak-anak adalah merupakan sebahagian daripada pendidikan pertama yang sepatutnya diberi perhatian oleh ibubapa.Menurut ahli psikologi,kanak-kanak memerlukan kasih sayang disebabkan kepada tiga faktor utama iaitu:

Pertama: Kanak-kanak memerlukan kebahagian dan ketenangan dalam hidupnya. Melalui kasih sayang kepada kanakkanak,ia dapat merasai ketenangan dan kebahagiaan kerana mereka dilahirkan dalam keadaan lemah dan memerlukan pertolongan dan pergantungan kepada orang lain.

Kedua:Pembentukan dari segi pemikiran .Kanak-kanak yang terbentuk dari suasana kasih sayang yang sepenuhnya ,maka ia dapat membentuk pemikiran yang kreatif dan bernas.Di samping itu,kanak-kanak tersebut mempunyai daya ingatan yang kuat dan perangai yang baik.

Ketiga:Pembentukan dari segi masyarakat .Kanak-kanak yang diberikan kasih sayang sejak kecil lagi dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat dan mempunyai kasih sayang kepada masyarakat sekelilingnya.

Memberi Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan

Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan pendidikan agama supaya anak-anak tersebut menjadi anak yang soleh.Ibubapa perlu menjaga diri kanak-kanak dari perkara yang boleh merosakkan dirinya sama ada dari segi pemikiran dan fizikal.Penekanan kepada pendidikan agama harus diberikan perhatian yang serius dalam pembentukan sahsiah mereka.Islam telah menggariskan panduan dalam mendidik kanak-kanak.Antaranya ialah:

i. Mengajar mengenali sifat-sifat ketuhanan.
Islam menyuruh ibubapa mengajar kanak-kanak supaya mengenali sifat-sifat ketuhanan.Ia merupakan pendidikan awal dan asas dalam pembentukan pemikiran kanak-kanak dan pembinaan akidah yang mantap sejak kecil lagi. Sifat wajib yang kedua puluh tersebut mestilah diajar dengan kefahaman yang mendalam.Kanak-kanak telah dilahirkan dalam keaadan fitrah putih bersih,ibubapanya yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam membentuk indentiti agamanya.

ii. Mengajar cara-cara sembahyang
Ibubapa wajib mendidik anak-anaknya cara bersembahyang sejak kecil lagi.Sabda Rasululluah SAW yang bermaksud:

"Ajarlah anak-anak kamu bersembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukul mereka ketika berusia sepuluh tahun dan asingkan antara mereka dalam tempat tidur.

iii. Mengajar ilmu pengetahuan

Ibubapa bertanggungjawab mendidik serta memberi pendidikan ilmu pengetahuan yang baik kepada anak-anak .Ibubapa perlu menyemaikan minat untuk mereka membaca,dan cintakan ilmu pengetahuan .Ilmu pengetahuan ini meliputi segala ilmu yang manfaat kepada mereka dalam menghadapi cabaran hidup.Pada zaman sekarang ,ilmu-ilmu multimedia ,sains dan teknologi perlu dikuasai oleh mereka untuk menghadapi cabaran masa depan. iv. Mengajar al-Quran Rasulullah SAW sangat menekankan kepada ibubapa agar mengajarkan al-Quran kepada anak-anak .Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tabrani yang bermaksud :

"Didiklah anak-anak kamu dengan tiga perkara iaitu cintakan nabi kamu, cintakan keluarga nabi kamu dan mengajarkan al-Quran kerana orang yang mendampingi al-Quran akan dinaungi

oleh arash Allah pada hari yang tidak ada naungan selian darinya bersama para nabi-nabi dan pembantunya."

v. Mendidik mengenali kejadian ala mini

Ibubapa seharusnya mendidik anak-anak supaya mengenali kejadian ala mini serta mengambil iktibar daripadanya.Manusia perlu memahami hubungannya dengan alam sekeliling yang telah dijadikan oleh Allah untuk manfaat manusia.


vi. Mendidik dengan akhlak yang mulia. Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anaknya dengan akhlak yang mulia seperti bersifat amanah, jujur,ikhlas,menghormati orang tua,menunaikan haji,bercakap benar,beradab ketika makan dan minum,memilih makanan yang halal,suka kepada perbuatan kebajikan dan ma'aruf,sentiasa mencari kebenaran dan keadilan,benci sifat keji,kezaliman dan kerosakan harta benda.Islam juga menyeru ibubapa supaya mengajar anak-anak meminta izin sebelum memasuki bilik ibubapa dalam waktu-waktu yang tertentu.Selain dari itu,ibubapa haruslah menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.


vii. Pembentukan tubuh badan yang sihat dan kuat. Islam menggalakkan kanak-kanak dilatih sejak kecil lagi dengan latihan jasmani supaya kanak-kanak tersebut menjadi sihat dan kuat.Pepatah arab ada menyebutkan :"akal yang baik lahir dari tubuh badan yang sihat". Maka, akan lahirlah..




Inilah langkah pencegahan awal yang perlu dilakukan bagi menangani masalah gejala sosial dan pembuangan bayi. Ingat-Islam itu agama yang syumul dan sesuai sepanjang zaman.



2 comments:

Khalil Zaini said...

terima kasih entri ini.
semoga kita ikhlas menyuguhkan ilmu.
kerja dakwah kerja semua.

Si Pengemis Iman said...

kerja dkwh tdk memerlukn ucapan terima kasih krn ia sememangnya kwajipan kita sbg khalifah ALLAH..

semoga kita semua terus thabat dlm memperjuangkan islam di alam blogger ini^_^